KUALA LUMPUR, 30 MAC: Kerajaan Negeri sedia menghulurkan bantuan susulan jika diperlukan dalam misi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana gempa bumi di Myanmar.
YANGON, 29 MAC: Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.
Oleh Nabilah Saleh KUALA LUMPUR, 29 MAC: Myanmar dilanda gempa bumi susulan dengan magnitud 5.1 pada Sabtu, sehari selepas gempa bumi kuat menggegarkan beberapa negara jiran, mengorbankan lebih 1,000 orang. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran terbaharu itu berlaku...
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Menteri-menteri Luar ASEAN menyampaikan ucapan takziah serta simpati mendalam kepada rakyat Myanmar dan Thailand susulan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
PUTRAJAYA, 29 MAC: ASEAN bersedia membantu Myanmar dan Thailand dalam usaha tindak balas bencana susulan gempa bumi semalam selaras dengan keutamaan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
MANDALAY (Myanmar), 29 MAC: Seramai 1,002 orang terbunuh, 2,376 cedera dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat hari ni, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
PUTRAJAYA, 29 MAC: Malaysia akan menghantar 50 anggota pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) ke Myanmar pada esok bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana susulan gempa bumi yang melanda tengah Myanmar, utara Thailand dan sebahagian selatan China.
PUTRAJAYA, 29 MAC: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) digerakkan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terkesan akibat gempa bumi di Myanmar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
YANGON, 29 MAC: Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu semalam, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.
Oleh Kenny Teng BANGKOK, 28 MAC: Tiga individu disahkan maut manakala puluhan lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan menggegarkan ibu negara Thailand pada tengah hari Jumaat. Timbalan Perdana...
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah Myanmar dan utara Thailand sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok serta kawasan berhampiran.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Malaysia, melalui kedutaannya di Yangon dan Bangkok sedang memantau dengan rapat situasi susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan negara jiran Thailand pada Jumaat, dengan tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera berdasarkan pemeriksaan awal.
BUTTERWORTH, 28 MAC: Penduduk di beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini turut merasai gegaran susulan gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud di utara-barat laut Sagaing, Myanmar.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 6.22 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.
ISTANBUL, 6 MAC: Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa dalam jurnal sains Chaos.
KOTA KINABALU, 10 FEB: Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam tadi dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.
LHASA, 8 JAN: Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada pagi semalam, lapor Xinhua.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.